Pernah x korang rasa dunia ni musuh korang? Apa je yang korang buat... semuanya serba x kena... ada je yng salah... ada je yang dengki... ade je macam-macam lagilah...
Kadang-kadang kita lupa yang kita hidup ni sebab Allah bagi kita peluang untuk nikmati dunia tapi dengan syarat kita kena sentiasa ingat pada Dia. Tahu x status kita atas dunia ni apa? Kita hanya hamba. Seorang hamba. Kalau belajar sejarah form 4 mesti tahu yang hamba merupakan satu status yang sangat rendah. Paling bawahlah senang cerita. Paling hina...
Tapi...
Apa yang buat kita istimewa? Pernah tak fikir kenapa Allah cipta kita untuk tinggal di atas bumi ni?
K, first thing first... aku tak sure kenapa. For the info, aku ni bukanlah orang yg beragama sangat. Aku cuma sedang mendalami agama... masih mencari erti kenapa aku perlu hidup di atas dunia ni... haha... tengok ni... aku tetiba rasa aku x beragama pula... ni yang aku paling tak suka bila cakap tentang agama...
Anyway, kenapa kita kena persoalkan banyak benda kat dunia ni... kan dah Allah dah turunkan perintah kepada kita... sentiasa sembah Dia dan mengaku Dia tuhan kita. Ikut arahan dan jauhi larangannya. Just that right? So, apa yang susahnya?
Bukan nak cakap aku ni baik... dan buat apa yang Dia suruh. Tapi aku sedang mencuba... well, manusia tak pernah sempurna. Kita semua tak sempurna. Tapi, sebab kita takkan jadi sempurna tulah yang sepatutnya membuatkan kita mencuba dengan lebih gigih untuk baiki kelemahan kita.
Takkanlah nak jadikan diri sendiri 'double F' kan. (Failure Forever.) haha... JK... semua orng dilahirkan untuk berjaya. Kita mungkin hanyalah satu makhluk yang mempunyai sifat untuk memilih dengan bebas apa yang kita nak buat. Kita tak diikat pun dengan apa2 tali pengakuran. Tak macam malaikat yang tiada nafsu dan hanya akan sentiasa taat pada Allah. Hmm... even Syaitan tak taat pada Allah... dia madih mengaku Allah tu tuhan dia. Sedangkan kita? Kita persoalkan lagi ke-Esaan Allah. Kita persoalkan lagi macam2.
Ingat kita ni apa? Takkanlah senang2 orang akan dapat jawapan free kan. Kita sepatutnya mencari jawapan tu. Bukan biarkan soalan tu menarik kita ke dalam kegelapan... hidup ni perlukan matlamat. Tanpa matlamat... apa je kita nak buat atas dunia ni? Sebab tu Allah bagi kita syurga. Matlamat kita sepatutnya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Memahami dan mencuba segalanya yang dilontarkan kepada kita. Tak kisah batu tu kecil atau besar. Kita sepatutnya sambut, bukan tepis...
Dugaan dan ujian yang dilemparkan kepada kita akan mengajar kita tanpa perlu mereka berkata apa2. Cukup kita membenarkan pintu minda kita untuk terbuka menerima segala pengajaran di akhir penceritaan.
Cari diri kita yang sebenar... bukan jadikan orang lain sebagai penanda aras bagi pencapaian kita... tapi jadikan Rasulullah sebagai idola kita... sebab hanya dia sahaja yang Allah mengaku sebagai kekasihnya... hmm...
So, a word for everyone think and undestand it...
Air laut yang banyak takkan menenggelamkan satu kapal yang bersiz kecil berbanding dengan saiz lautan kecuali air tu masuk ke dalan kapal tu...
So, jangan biarkan air tu masuk. Key...😇
No comments:
Post a Comment