Selalu kita lihat senario disekeliling kita di mana individu yang menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka selalu diperlekehkan dan dimaki kebanyakannya. Senang bagi semua mata yang hanya menjadi penonton untuk menjustifikasikan sesuatu keadaan tanpa usul periksa.
Pernah tak terfikir? Kenapa kita tak boleh nak faham situasi mereka yang menggalas amanah tu? Kalau korang rasa sebabnya ialah korang tak duduk kat tempat tu untuk rasa apa yang mereka rasa. Korang salah. Bukan sebab tu. Bagi aku, sebabnya adalah antara hati korang dah gelap sangat untuk faham perasaan orang lain ataupun cara pemikiran korang terlalu sempit untuk membayangkan cabaran dan dugaan yang mereka hadapi.
Aiman bukan salahkan yang tidak memahami ni. Aiman pun cuma seorang manusia biasa yang duduk dibawah orang lain dalam hirarki pemerintahan.
Tahu tak beza tanggungjawab dengan tugas. Dua benda yang berbeza tapi hampir sama dimana kedua-duanya melibatkan amanah. Yang pasti tanggungjawab utama kita iaitu sebagai manusia islam ialah mentaati perintah Allah dan Rasul. Itu tanggungjawab yang memang sepatutnya ada dalam diri setiap individu muslim. Sepatutnyalah. Tugas individu muslim pula adalah untuk menjadi khalifah yang amanah di muka bumi ini. Tahu kan benda ni. Perkara asas yang patut orang Islam tahu kot. Itu tugas dan tanggungjawab bagi seorang Islam.
Boleh tak kita aplikasikan teori ni ke dalam kehidupan seharian kita di mana kita menjalankan tugas kita dengan sebaiknya sebab tugas setiap individu berbeza. Bergantung kepada caea kehidupannya berjalan. Tapi tanggungjawab semua manusia adalah sama.
Persamaan antara dua perkara ini adalah kedua-duanya merupakan satu amanah. Bagi individu Islam, tahu kan AMANAH tu merupakan benda yang paling berat di dunia ni. Tapi kenapa ramai yang suka sangat ambil ringan amanah ni. Kenapa nampak macam tak berat? Mungkin sebab masih tak nampak azab neraka untuk amanah ni. Kan?
Bagi mereka yang sedang memegang amanah ni. Termasuk Aiman sendiri. Marilah sama-sama kita sebagai umat Islam bersatu menjalankan amanah masing-masing. Sedar dan bangunlah bahawa beratnya amanah ni tidak boleh dibuat main.
Abaikan apa yang dikatakan orang lain. Jangan sesekali dimasukkan ke dalam hati pun. Sebab apa yang orang lain katakan di dunia tidak akan dapat membantu timbangan kita pada hari akhirat kelak.
Sebagai pelajar, belajar betul-betul. Bukan sibuk couple dan bercinta. Ingat semua tu duniawi yang fana. Bukan melepak dengan kawan yang sedang merosakkan kita. Mungkin kita rasa gembira. Tapi, ingatlah. Kegembiraan tu tidak akan kekal lama sebab ianya bersifat sementara.
Sebagai seorang anak, taati kedua ibu bapa kita walaupun mereka tidak menunjukkan rasa sayang mereka pada kita. Walaupun dia sibuk dengan urusan kerja sampai abaikan kita. Tapi, jangan sesekali lupa bahawa sekiranya mereka tidak berusaha untuk memberi kita makan, siapa yang akan berbuat demikian?.
No comments:
Post a Comment