Tuesday, 15 December 2015

Result PT3

Alhamdulillah rezeki Allah... tahun ni Aiman dapat 9A 1 B dalam PT3... huhu rasa bertuah sangat sebab takdelah belajar macam budak pandai belajar. Tapi sedih sikit lah sebab lagi satu je nak dapat straight A. Haha... takpelah... takdir dah tertulis kan...

Tahun depan dah naik form 4...
Dah jadi senior...
Senior sangat..
Takutnya...
Subjek dah makin susah...
Sains tulen kan...
Aku taku sangat dekat add math...
Tolonglah jangan jadi musuh aku...
Please....

Anyway... tahniah kepada semua batch 00 tahun ni... tak kisahlah berapa result korang dapat... ni bukan kiamat untuk korang... tahun depan masih ada lagi... rezeki setiap orang berbeza... jangan sedih... senyum dan cuba buat yang terbaik untuk hari yang akan datang...

Lagipun... SPM tu lagi mencabar... huhu... takutnya...

Saturday, 7 November 2015

Aksara... buku fixi yang paling best

Satu buku yang melengkapkan pengembaraan hidup Arwah Izaq yang diteruskan oleh Fa'iq. Aku suka buku ni. Sesuai untuk budak2 sekolah. Tapi otak kenalah open. Jangan narrow minded.

I think you'd like this story: " (Preview) AKSARA - sebuah novel Syafiq Aizat by BukuFixi on Wattpad https://www.wattpad.com/story/53342949?utm_content=share_reading&utm_medium=other&utm_source=android .

Memori

cebisan gambar-gambar yang tersimpan dalam kotak fikiran. Ada yang boleh membuat kita mengalirkan air mata. Ada juga yang buat kita gelak sampai berguling-guling kat lantai apabila kotak itu di buka semula setelah beberapa tahun di simpan. Walaupun dah berhabuk setebal satu inci, namun apabila tirai jendela masa lalu dibuka kembali. Semua fragmen-fragmen yang diimbas terasa seperti baru semalam peristiwa-peristiwa yang mencuit hati itu berlaku.

Aku gembira, kadang tersenyum sendiri. Kadang tiba-tiba je ada airmata yang jatuh. Semuanya sebab fragmen-fragmen itu. Aku takut untuk lepaskan semua kenangan masa lalu tu apabila masanya datang. Walaupun lagi lima tahun masa untuk aku yang tinggal ni aku dah plan baik-baik tapi macam mana kalau ada slack.

Bila masa tu sampai. Aku takkan dapat lagi tengok wajah-wajah orang yang aku sayang lagi. Yang ada hanyalah fragmen. Ilusi yang aku cipta sendiri akan ditayangkan di retina mataku apabila waktu-waktu akhir datang. Semua dosa masa lampau. Waktu aku derhaka. Waktu aku buat maksiat. Semuanya akan diimbau kembali buat sesaat sebelum roh aku dikeluarkan dari badan.

Satu soalan. Adakah aku sanggup untuk tinggalkan diorang. Aku takut. Sangat takut. Aku tak suka perasaan ni. Aku tak pernah share kat sesiapa. Aku rasa inilah kelemahan terbesar aku. Aku tak boleh tengok orang yang aku sayang disakiti. Aku lebih rela diri aku sakit daripada orang yang aku sayang sakit.

Tapi tempat tu sangat limited. Sekarang ni hanya seorang hamba Allah je yang ada dalam hati aku. ONLY MY MOM.she is the most special person to me. Once aku dah sayang, aku sanggup buat apa je untuk dia. Aku tak boleh tengok orang lain menyusahkan atau menyakitkan dia. Aku rasa bengang sangat. Aku berharap sangat orang2 tu boleh pergi mampus! Tapi aku tahu kalau mak aku tahu yang aku ada perasaan ni mesti dia kecewa. Aku tak boleh beritahu dia yang aku benci orang yang dok menyendeng kat dia.

Mungkin kedengaran lebih kepada obses daripada sayang tapi entahlah kenapa aku rasa macam tu. Bisikan syaitan kot. Mungkin? Aku yang bangang ni pun ikut sekali. Aku tahu perasaan tu tak sihat tapi aku tak boleh nak halang perasaan ni daripada terus berbicara. Aku tak boleh nak hentikan bisikan-bisikan jahat di telinga aku. Tapi aku boleh kawal. Walaupun tak selalu.

Anyway, aku suka perasaan ni. Ianya buat aku jadi seorang yang setia tehadap orang yang aku sayang. Tapi sorang jelah. And that special person is Mrs J.

Friday, 6 November 2015

Tipu Diri Sendiri

Benda nilah yang selalu aku buat untuk melegakan hati yang gundah. Realitinya, no one knows. Aku tak suka genggam memori realiti lama-lama. Kebanyakannya menyakitkan. Aku boleh terima tapi aku tak boleh nak kawal dori aku sepenuhnya apabila aku tak boleh nak terima kenyataan tu. Kenapa? Sebab realiti hidup aku taklah seindah realiti hidup sesetengah orang yang dilahirkan dengan kelengkapan yang sudah tersedia ada.

Bagi aku, akulah. Tipu diri sendiri ni seronok. Sebab aku tak sakit. Kesakitan yang aku tanggung pada realitinya dapat aku alih dari diri aku dengan berjayanya. Dan akhirnya, aku mampu tersenyun kembali seperti biasa dan dengan yakinnya, semua perkara akan berjalan dengan lancar.

Aku lebih memilih untuk hidup dalam penipuan dan harapan. Sedangkan, aku sedar yang aku ni sedang menipu tapi aku tetap paksa diri aku ni untuk terima semua penipuan tu sebagai realiti. Kenapa? Obviouslylah, sebab fantasi yang aku cipta hanya untuk menjadi tempat untuk aku lupakan segala memori.

Bagi kepentingan diri sendiri, aku lebih rela hadap dunia ciptaan minda lebih daripada dunia nyata. Aku tahu yang semua fantasi ni bersifat sementara, tapi ianya lebih bahagia,lebih manis dan lebih mudahuntuk aku terima dan hadam.

Realiti bagi aku hanya menunjukkan kepedihan dan kesengsaraan. Membuktikan yang aku ni langsung tak berguna pada mata iman dan mula mengorak langkah untuk ke depan

Penyedap bunyi

Soalan pertama. SIAPAKAH KAU ?
Jawab bukan sekadar nama. Tapi jawab dengan penuh bermakna. Sekiranya nama kau alina. Tanya lagi, siapa alina? Macam mana budaknya? Baik? Degil? Pemalas? Rajin? Jawapan bukan ada pada aku tapi ada pada korang. So, jawab dengan jujur. Kenapa? Tak sure korang ni jenis yg macam mana?

Kadang-kadang aku rasa aku ni baik tapi aku masih buat dajjal kat orang. Tu kira so-so lah. Aku pun tak sure kau ni orang yg macam mana. Tapi, someone pernah cakap dengan aku yang sebenarnya hidup ni ada dua pilihan je. Kalau kau tak baik. Maksudnya kau jahat. Tak susah pun. Tapi kita je yang tak nak mengaku yang kita ni jahat. Kan? Dan untuk cover perkataan jahat ni. Muncullah perkataan nakal,degil,dan kurang baik.

Contoh lagi, perkataan kurang pandai. Sekali dengar macam masih baik lagi. Hakikatnya, kai sebenarnya bodoh. Kurang pandai sama dengan bodoh. Kan? Selain ejaan dan sebutan. Bodoh, kurang pandai dan tak pandai. Apa beza semua tu? Masih bermakna yang kita ni tak cukup ilmu kan?

Nampak tak manusia suka cipta perkataan baru yang 'kedengaran' baik untuk menyedapkan pendengaran si penerima.

Nampak tak?

Anyway, kau dah jumpa belum siapa diri kau? Kau adalah kumpulan yang jujur atau kumpulan yang tipu diri sendiri?

Jangan terasa kawan.... kalau aku jujur aku dalam kumpulan tipu diri sendiri... hehehe.... kenapa? Sebab... erm... entahlah... mungkin aku tak suka terima kenyataan dunia. Tapi, aku tak tipu diri sendiri bodoh-bodoh lah... sikit je. Kirang pula?

Is it really ok?

Aku pernah berharap yang kalau aku mati nanti, takde siapa akan tahu. Kenapa? Sebab kalau orang tahu, nantu diorang akan menangis. Aku tak naklah orang yang aku sayang nangis sebab aku. Nanti aku pun sedih. Hahaha, boleh ke orang mati rasa sedih lagi. Entahlah, aku tak tahu pula. Yelah, aku belum pernah mati lagikan. Lepas tu, aku harap yang nanti aku mati lemas. So, takde sesiapa yang boleh jumpa mayat aku.

Aku tak suka tengok orang menangis. Tapi, kalau ada orang menangis depan aku. Sorrylah tak pujuk. Aku tak reti. Maaf. Tapi, kalau aku dah mati, macam mana aku nak pujuk orang yang menangis disebabkan aku.

Sejujurnya aku tak kisah kalau aku ditakdirkan mati sekarang. Bukan sebab dah banyak amal. Tapi sekurang-kurangnya dosa aku tak banyak sangat. Lagipun aku tak sure yang kalau aku hidup lama aku akan buat pahala untuk cover dosa-dosa aku sebelum ni. Korang aku tak tahu. Semua orang lain-lain. Korang sendiri yang tahu diri korang. Kalau aku.... biarlah rahsia. Hahaha.... poyo jelah.

Mati? Semua orang takut. Even aku kata aku rela tapi aku taklah berani sangat untuk hadapi kematian yu. Lagi-lagi sorang-sorang. Tapi, kalau aku mati di khalayak ramai. Nanti ada yang menangis. Takkanlah memori terakhir aku sebelum berangkat ke alam barzakh adalah wajah-wajah sedih orang yang aku sayang. Tak naklah. Aku nak tengok diorang senyum. Ketawa.  At least for these last moment, aku dapat rasa kegembiraan orang di sekeliling aku.

And that surely will make me be the happiest person before I depart from these cruel yet beautiful world.

And for the result, aku still tak tahu sama ada aku nak mati sorang-sorang ataupun dengan orang yang aku sayang. One thing for sure. Aku tak nak tengok orang tepi aku menangis. Aku yang tak sanggup nak pergi nanti. Jadi, tolonglah sangat kalau korang nak aku mati tepi korang. Please senyum. That moment will be the last happy memory in my memory.

Sebab kalau boleh aku tak nak mati sorang-sorang.

Thursday, 5 November 2015

Melaka

Hari ni aku dan kawan kawan aku melawat ke bandaraya bersejarah... sorry just photo

Kena ke marah??

Assalamualaikum.....

Hari ni Aiman  nak bincang tentang rasa marah. Kenapa kita kena marah? Sebab tahp kesabaran kita dah dilangkau? Tapikan, setahu aku. Sabar tu tak pernah ada batas. So, siapa kita untuk letakkan batas kepada sifat sabar tu.. ok, bukan bak riak, tapi aku adalah orang yang lambat marah ataupun bila aku nak marah je aku akan ketawa... seems pelik, tapi aku pun masih terfikir benda tu.


Aku rasa, rasa je eh. Tak tahulah betul atau tak tapi bagi aku, sekali lagi bagi aku. Orang yang cepat marah ni adalah orang yang cepat terasa even apa-apa perbuatan tu tak ditujukan kepada dia. Tak faham? 

Contohnya kat sini, Ali tak hantar homework. Pada masa yang sama, Ahmad pun sama. Pastu kawan Ahmad ejek ahmad. "Tulah kau pemalas sebab tu tak siapkan." Ahmad lek lek jer. Tapi Ali yang dengar pula yang panas. Pastu tak pasal pasal membuat drama. 

Anyway, memang patut pun kau terasa. Sebab kau pun buat. Kau takkan terasa kan kalau kau tak buat. So, conclusion aku bagi orang yang cepat marah ni adalah orang yang sebenarnya bersalah in some certains way. 

Tapikan, tak semua orang hot tempered ni bersalah dalam situasi diorang. Cuma diorang cepat terasa. Tapi, bagi akulah. Buat apa terasa kalau kau tak buat. Kan? Kalau kau innocent. Prove that you are innocent not making you more suspicious. Ok? Bukan nak look likes pandai cakap ner tapi tak buat. Aku buat k, kalau aku tak bersalah, aku buat dont know je. Lantaklah orang nak kata apa. Yang penting aku tak terlibat dalam masalah tu. Mula-mula memanglah orang sibuk mengata but sooner or later it will gone. Everything is just like the dust by the side of the road. It will gone when the wind swept over it.

so, pleaselah control emotion tu. Jangan cepat marah. Apa kelas orang yg cepat marah ni. Tak best dibuat bergurau. Cepat sangat melenting. Orang keliling pun fed up kot.



Kenapa Aku?

Selalu sangat aku terfikir... kenapa dalam ramai-ramai manusia, aku yang terpilih. Kenapa aku jadi diri aku sekarang? Aku yang nak jadi macam ni ataupun aku dijadikan macam ni? Before anything, bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada dan jadi sekarang ni. Cuma aku terfikir, kalau apa yang pernah jadi pada aku tak jadi pada aku, adakah aku akan kekal aku? Atau aku akan berubah? Jadi lebih sombong? Mungkin. Aku pun tak tahu. Tapi, soalan ini yang selalu bermain dalam kotak fikiran aku. Tapi,hati aku kuat mengatakan yang aku akan jadi sombong kalau aku jadi lain. Haha... jangan tanya kenapa, itulah hakikat. Aku lebih kenal siapa diri aku lebih daripada sesiapa. Jangan persoalkan sebab korang memang tak kenal siapa aku. Jadi, bila fikir balik.... aku sangat bersyukur sebab aku jadi, apa yang aku jadi sekarang. Pening kan... ke tak? Lantak koranglah....

Anyway, sejak pemikiran aku dah matang skit ni.... sikit jelah... aku jadi lebih rasional berbanding dengan aku di sekolah rendah yang selalu dibawa arus emosi yang melampau.... cepat marah.... cepat merajuk... cepat terasa... haha... pelik pelik je benda yang aku buat masa sekolah rendah.. lagipun... benda tu semua dah lepas... biarlah...

Jadi mulai sekarang aku patut terus berfikiran matang.... bukan tak menikmati zaman muda cuma kena letak batas... tahu mana yang betul dan salah... bukan buat hukum sendiri.... anyway.... hidup ni cuma sekali... neraka atau syurga aku sendiri yang pilih.... so... aku harap aku tak pilih syurga tapi ambil jalan ke neraka... korang?

Monday, 2 November 2015

Hidup

Hidup ni ibarat air sungai yang mengalir. 

Sekali air di satu tempat itu di sentuh. Takkan kita jumpa lagi air yang sama
air yang mengalir sekejap deras sekejap perlahan seperti hidup kita yg kadang terasa cepat yg kadang terasa lambat.
Air yang mengalir akan menghentam batu-batuan Begitu juga dengan kehidupan yang banyak halangan dan liku-liku kehidupan
air yang tak pernah berhenti daripada mengalir sehinggalah berremu dengan muara
Air tawar takkan sesekali nercampur dengan air laut yang masin. Kita pun sepatutnya macam tu. Walaupun kita orang kampung. Biasanya orang kampung ni sopan sikit. Janganlah nanti dah pindah bandar terus berubah jadi seorang yg sosial. Semua yg dicipta tuhan sentiasa mempunyai tujuan hidupnya sendiri. Bukan sibuk nak ikut kehidupan orang lain.
Allah jadikan alam untuk kita perhati dan fahami. Renungilah dan fahamilah bahasa alam yang cuba disampaikan tuhan. Kita akan jadi lebih bersyukur sekiranya kita faham dengan bahasa alam.
macam mana nak faham? Banyakkan baca buku tafsir al-quran. Bukan hanya sekadar terjemahannya sahaja.