Friday, 6 November 2015

Penyedap bunyi

Soalan pertama. SIAPAKAH KAU ?
Jawab bukan sekadar nama. Tapi jawab dengan penuh bermakna. Sekiranya nama kau alina. Tanya lagi, siapa alina? Macam mana budaknya? Baik? Degil? Pemalas? Rajin? Jawapan bukan ada pada aku tapi ada pada korang. So, jawab dengan jujur. Kenapa? Tak sure korang ni jenis yg macam mana?

Kadang-kadang aku rasa aku ni baik tapi aku masih buat dajjal kat orang. Tu kira so-so lah. Aku pun tak sure kau ni orang yg macam mana. Tapi, someone pernah cakap dengan aku yang sebenarnya hidup ni ada dua pilihan je. Kalau kau tak baik. Maksudnya kau jahat. Tak susah pun. Tapi kita je yang tak nak mengaku yang kita ni jahat. Kan? Dan untuk cover perkataan jahat ni. Muncullah perkataan nakal,degil,dan kurang baik.

Contoh lagi, perkataan kurang pandai. Sekali dengar macam masih baik lagi. Hakikatnya, kai sebenarnya bodoh. Kurang pandai sama dengan bodoh. Kan? Selain ejaan dan sebutan. Bodoh, kurang pandai dan tak pandai. Apa beza semua tu? Masih bermakna yang kita ni tak cukup ilmu kan?

Nampak tak manusia suka cipta perkataan baru yang 'kedengaran' baik untuk menyedapkan pendengaran si penerima.

Nampak tak?

Anyway, kau dah jumpa belum siapa diri kau? Kau adalah kumpulan yang jujur atau kumpulan yang tipu diri sendiri?

Jangan terasa kawan.... kalau aku jujur aku dalam kumpulan tipu diri sendiri... hehehe.... kenapa? Sebab... erm... entahlah... mungkin aku tak suka terima kenyataan dunia. Tapi, aku tak tipu diri sendiri bodoh-bodoh lah... sikit je. Kirang pula?

No comments:

Post a Comment