Monday, 2 November 2015

Hidup

Hidup ni ibarat air sungai yang mengalir. 

Sekali air di satu tempat itu di sentuh. Takkan kita jumpa lagi air yang sama
air yang mengalir sekejap deras sekejap perlahan seperti hidup kita yg kadang terasa cepat yg kadang terasa lambat.
Air yang mengalir akan menghentam batu-batuan Begitu juga dengan kehidupan yang banyak halangan dan liku-liku kehidupan
air yang tak pernah berhenti daripada mengalir sehinggalah berremu dengan muara
Air tawar takkan sesekali nercampur dengan air laut yang masin. Kita pun sepatutnya macam tu. Walaupun kita orang kampung. Biasanya orang kampung ni sopan sikit. Janganlah nanti dah pindah bandar terus berubah jadi seorang yg sosial. Semua yg dicipta tuhan sentiasa mempunyai tujuan hidupnya sendiri. Bukan sibuk nak ikut kehidupan orang lain.
Allah jadikan alam untuk kita perhati dan fahami. Renungilah dan fahamilah bahasa alam yang cuba disampaikan tuhan. Kita akan jadi lebih bersyukur sekiranya kita faham dengan bahasa alam.
macam mana nak faham? Banyakkan baca buku tafsir al-quran. Bukan hanya sekadar terjemahannya sahaja.

No comments:

Post a Comment