Semua orang nak hidup gembira... tapi kehidupan yang gembira tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan kan. Macam tu juga dengan kehidupan orang yang tak pernah rasa kebahagiaan... tak semestinya pengakhiran hidup dia menyedihkan jugakan...
Kehidupan kita merupakan pilihan kita untuk dibentuk... memanglah takdir tu ada, tapi kan Allah pernah berfirman dalam Al-Quran yang satu kaum itu takkan boleh berubah kecuali mereka yang nak berubah... so, janganlah hidup ni berserah bulat-bulat pada takdir. Mungkin kadang-kadang kita fikir kita dah berusaha sehabis boleh tapi... nasib kita tak berubah...
Ingat balik kawan-kawan... Allah akan bagi apa yang kita perlukan tepat pada masanya... bukan pada masa yang kita nak... dan sebenarnya... kita mampu untuk melakukan sesuatu perkara tu kalau kita tak berhenti mencuba... kita masih bernafas kan... so, what the problem? Gunakan tenaga dan masa yang kita ada sekarang untuk lakukan apa yang terbaik untuk kehidupan kita dan masyarakat...
Kenapa masyarakat? Kita hidup di atas bumi ni bukan seorang diri... tetapi beramai-ramai. Kita hidup dalam dunia ni bukan untuk saling menjatuhkan untuk jadi yang tertinggi tetapi sepatutnya berganding bahu mencapai tempat yang tertinggi. Takde apa yang bermakna kalau kejayaan tu kita capai keseorangan. Percayalah.... dengan berjaya bersama... kita akan dapat rasa satu perasaan yang sangat menyenangkan.... kehangatan yang kita rasa tu akan buat kita sebak.... perasaan bila kita lihat orang lain tersenyum gembira sebab berjaya dan pada masa yang sama gembira tengok rakan seperjuangannya berjaya bersama....
Manusia tak boleh hidup seorang diri... ye... mungkin dia hidup... tapi dia takde kehidupan...
So, back to the topic... Then, apa definisi bahagia? Perlukah seseorang tu ketawa dan tersenyum 24 jam untuk dilabel dia bahagia...
Obviouslylah tak...
Bahagia.... kebahagiaan.... setiap individu akan jumpa dua benda ni dalam situasi yang berbeza... sebab semua orang hadapi kehidupan yang berbeza. Tak semestinya kita tengok orang tu miskin dia tak bahagia... tak semestinya kita tengok orang tu kata dia mesti bahagia...
Kebahagiaan yang sebenar apabila dia hadapi kehidupan dia dengan keimanan di hati...
Mungkin sekarang kita tak rasa apa-apa... atau kita tak faham... apa lagi yang tak kena dengan kehidupan kita ni... atau mungkin kita tak sedar yang kita akan dapati kita sentiasa mahukan lagi dan lagi benda yang kita takde... dan kalau kita tak dapat apa yang kita nak... kita akan sedih... merajuk... dan lain2 lagi...
Biasalah.... hormon remaja.... semua BBNU [budak2 baru nak up]
Sebenarnya tak.... bukan tu.... ramaibyang fikir sebab seseorang berperangai macam tu adalah disebabkan faktor umur... tapi tak... sebenarnya ianya pengalaman.
Sesorang yang pernah hadapi penderitaan ialah seseorang yang akan sentiasa bersyukur dengan keadaan kat Malaysia sekarang ni walaupun kerajaan tengah goyah... sebab sekarang ni sekurang-kurangnya Malaysia belum berperang...
Manakala,
Orang yang sentiasa dilimpahi dengan kesenangan, dia akan complain macam2. Kenapa ni... kenapa tu... and bla.... bla.... bla....
Sebab dia tak pernah rasa macam mana sengsaranya keadaan di Palestin.... merasa perasaan yang tahu dirinya sentiasa terancam.... yang mana dia tahu bom boleh meletup bila-bila masa.... peluru sesat boleh je tembak mati diorang....
Bersyukurlah, Malaysia belum jadi macam tu.
Cara untuk korang rasa korang sebenarnya tengah bahagia adalah dengan bersyukur dan hargai apa sahaja yang ada di sekeliling korang.... jangan abaikan benda tu walaupun kecil....
Bagi sesetengah orang yang belum merasa betapa sakitnya kehilangan orang yang korang paling sayang.... hargailah dia... tunjukkan yang dia bermakna bagi korang...
Kebahagiaan tak boleh dikecapi seorang diri tetapi bersama dengan semua orang...
Oleh sebab itu... kita kena sentiasa tersenyum untuk pastikan orang di sekeliling kita pun turut tersenyum...😉
No comments:
Post a Comment